Sejarah penemuan Hidrogen sianida

Ion ferisianida berwarna merah yang merupakan salah satu komponen biru Prussia.

Hidrogen sianida pertama kali diasingkan daripada pigmen biru (biru Prussia) yang telah diketahui kewujudannya sejak 1704 tetapi strukturnya tidak diketahui. Kini, bahan ini diketahui merupakan sejenis polimer koordinasi dengan struktur yang kompleks dan formula empirik ferik ferosianida terhidrat. Pada tahun 1752, seorang ahli kimia Perancis, Pierre Macquer, telah menunjukkan bahawa biru Prussia boleh ditukarkan kepada besi oksida dan satu sebatian meruap, dan kedua-dua bahan ini boleh digunakan untuk membentuknya semula.[8] Sebatian baru inilah apa yang kita kenali pada hari ini sebagai hidrogen sianida. Dengan mengikuti Macquer, bahan ini pertama kali disediakan daripada biru Prussia oleh ahli kimia Sweden, Carl Wilhelm Scheele pada 1782, dan ia diberi nama Jerman Blausäure (secara harfiah "Asid biru") disebabkan oleh sifat berasidnya di dalam air dan penghasilannya daripada biru Prussia. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali secara meluas dengan nama Prussic acid ("asid Prussia").

Pada 1787, ahli kimia Perancis, Claude Louis Berthollet telah menunjukkan bahawa asid Prussia tidak mengandungi oksigen.[9] Ini adalah satu sumbangan yang penting kepada teori asid yang sebelum itu mengatakan bahawa asid perlu mengandungi oksigen[10] (ini memberikan oksigen namanya, yang berasal daripada perkataan-perkataan Yunani yang bermaksud "penghasil asid", dan ini dipinjam terjemah oleh bahasa Jerman menjadi Sauerstoff). Pada 1811, Joseph Louis Gay-Lussac telah menyediakan hidrogen sianida tulen dan tercecair.[11] Beliau kemudiannya menentukan formula kimia sebatian ini pada 1815.[12] Radikal sianida di dalam hidrogen sianida mendapat namanya daripada perkataan cyan, yang bukan sahaja perkataan bahasa Inggeris untuk satu cahaya warna bagi biru, tetapi juga adalah perkataan Yunani untuk biru. Penggunaan nama ini sekali lagi disebabkan oleh asalnya daripada biru Prussia.

Rujukan

WikiPedia: Hidrogen sianida http://www.allbusiness.com/north-america/canada/37... http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.748.h... http://books.google.com/books?id=TvMnWtQKnlAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=fC5EAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=m9s3AAAAMAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=uJs5AAAAcAAJ&pg=P... http://chemapps.stolaf.edu/jmol/jmol.php?model=C%2... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k110315k/f40.... http://gallica.bnf.fr/ark:/12148/bpt6k35505/f242 http://cfpub.epa.gov/iursearch/2006_iur_companyinf...